Monday, June 24, 2013

take 1.

mata ego ini memandang liar 180° darjah.. ada satu lg tempat kosong. aku fokus. fokus. aku set. itulah tempat aku spanjang ketidakrelaan ini.

terpukul dengan panggilan bisu. owh ok dah abis meleter rupanya. yalah aku malas dengar bila dia start promote produknya dgn mmbuatkan aku sebagai modul jerawatnya. tak patut? cikgu kan.. diam je la. gitu?  dia kata lagi. aik bisu kah?

'erm' kataku.

nak kata apa.. teruskanlah.
aku nak duduk. tmpat yang aku fokus tadi.

dah seminggu aku sini. hanya cikgu yang tegur aku. tu pun sbb suai kenal dan ada sekali..  cik ntahapaapa.. lepas tu taubat kot nak tegor lagi. mengong ka apa. bawa aku crita tntang aizat sapa entah aku tak kenal. aku tertidur. bangun2 saja. dia dah jeling ber'das2.

haku peduli apa.

seminggu aku kat sini aku heran gak. meja depan aku nie berhantu kah? punya best bawah kipas. terlindung dari pandangan cikgu.

lepas rehat, aku naik awal. kerusi kosong suda berpunya. lelaki asing. aku tau aku tak kenal. sbb dikelas ini hanya boleh dibilang tangan sebelah saja jumlahnya. kenapa lepas rehat?

lebih menghairan kan aku. sejak bila aku jadi busy body?

aku dan dia didalam kelas.

dia tengok aku bila aku duduk kat belakang dia. aku tgok kaki dia. kasut tanda all star. ada. lega. idiot ana.

dia pandang meja aku macam pandangan nak peluk pun ada. eh tau2 saja aku. then dia letak lengan atas meja. tidur.

siapa dia? selepas sminggu baru muncul. in the middle of  schedule. lonceng kelas berbunyi. tamat. dan 3 hari berlalu. kerusi kosong lagi..

hari ini kerusi itu punya beg grunge namanya. dalam kelas dia tidak bisu bila cikgu bertanya. the rest is history. din namanya.

dalam ketidakrelaan aku ke sekolah., sekarang aku punya reason ke kelas. kelas. dia, din.

lepas rehat. seperti biasa aku naik ke kelas awal. dan dia juga ada. telinga gedikku tertarik dengan bunyi kertas yang dikoyak. din membongkar meja. dia menoleh kebelakang lihat aku. terbalikkan kerusi dan badan. dN memberiku kertas matematik yang dikoyak ditengah buku. ada contengan garis2 ditengah2 kertas. dan bulat2 diserata kertas. aku tahu game ini.

bukan hai. bukan pandai main?tapi  'jom' ayat pertama dari dia. mata dan tangan kata layan. otak sedang buat rumah tp tgh fikir camna nak cari tapak.. blur.